Kaji selidik Bajet 2017 MPSP mulai Januari

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan melaksanakan tinjauan atas talian serta mengedarkan borang soal selidik awam bagi maklum balas Bajet 2017, mulai 1 Januari hingga 28 Februari 2016.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, MPSP akan mulakan soal selidik untuk Bajet 2017 lebih awal, kalau dahulunya kita buat pada bulan April atau Mei.

“Ini, untuk membolehkan kita (MPSP) menyelidik serta membuat analisa lebih terperinci,” katanya pada sidang media, selepas mempengerusi Majlis Mesyuarat Penuh Ke-498 Bil. (12/2015) dekat Kompleks Ibu Pejabat MPSP di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Maimunah bersama-sama ketua-ketua jabatan merakamkan gambar kenang-kenangan dengan para Ahli Majlis MPSP bagi sesi lantikan tahun 2015.