Kanak-kanak juga punyai hak dalam masyarakat – Exco

PADANG LALANG – Exco Pembangunan Wanita, Masyarakat, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng mengingatkan masyarakat khususnya ibu bapa supaya menghormati hak-hak kanak-kanak seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Katanya, perkara paling penting yang harus diberikan keutamaan oleh ibu bapa adalah hak kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Kanak-kanak dihiburkan oleh persembahan nyanyian dan silap mata oleh ‘badut’.

“Kanak-kanak ada hak untuk ke sekolah dan belajar kerana pada masa akan datang walaupun untuk menjadi pekerja am di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) contohnya, juga memerlukan kelulusan.

“Pendidikan amat penting untuk kanak-kanak terutamanya bagi mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dalam usaha mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik,” katanya semasa merasmikan program Hari Kanak-Kanak dekar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Wawasan di sini, 2 November lalu.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Desa Wawasan, Mohd. Sanusi Ahmad; serta beberapa pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MKPP) dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Lalang.

Pada program tersebut, kira-kira 100 kanak-kanak yang hadir dihiburkan nyanyian dan dengan persembahan silap mata oleh ‘badut’ yang didatangkan khas oleh pihak penganjur.

Teks & Gambar : SUNARTI YUSOFF