Karnival Jom Heboh, jenama yang dinanti-nantikan

Admin
CHOW Kon Yeow (berbaju hitam) merakamkan gambar dengan barisan pemimpin penganjur Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Pulau Pinang dekat Batu Kawan di sini pada 30 Julai 2023.

BUKIT TAMBUN – Karnival Jom Heboh 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di perkarangan kawasan lapang dekat Stadium Negeri Pulau Pinang yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lepas menerima kira-kira 300,000 pengunjung.

CHOW Kon Yeow

Semasa berucap pada majlis perasmian penutup karnival tersebut, Ahli Parlimen Batu Kawan Tuan Chow Kon Yeow memberitahu bahawa Karnival Jom Heboh (KJH) adalah jenama yang dinanti-nantikan sekalian rakyat Malaysia termasuk di negeri ini.

“Tak sangka sambutan begitu meriah sampai trafik sesak begitu panjang, kereta pun terpaksa parkir jauh, harap semua riang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana untuk memastikan majlis penutupan (yang mana) selama tiga hari ini, pengunjung karnival bukan 3,000, bukan 30,000 tetapi 300,000 pengunjung.

“Terima kasih kerana sokong KJH, saya berasa Karnival Jom Heboh adalah jenama yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia yang mana ianya sesuatu (acara) yang unik dengan membawa agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana untuk sama-sama meraikan pengunjung karnival ini,” jelasnya dalam majlis berkaitan di sini pada 30 Julai 2023.

LAUTAN manusia yang menyertai majlis perasmian penutup Karnival Jom Heboh di sini pada malam tadi.
CHOW Kon Yeow di salah sebuah gerai pameran di sini pada petang tadi.

Calon Perpaduan bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr. Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Kumpulan, Rafiq Razali turut sertai majlis perasmian tertutup karnival tersebut.
.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR
Video : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI