Karnival Kerjaya Pulau Pinang KADUN Jawi 2023 terima sambutan menggalakkan

JAWI – Penganjuran ‘Karnival Kerjaya Pulau Pinang KADUN Jawi 2023 menerima sambutan menggalakkan apabila ratusan pencari kerja hadir pada program itu yang berlangsung dekat pasar raya C-Mart, di sini pada 11 Mac lalu.

Karnival kerjaya tersebut adalah anjuran bersama di antara pusat khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) cawangan Pulau Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Jason H’ng Mooi Lye berkata bahawa objektif utama penganjuran karnival kerjayaan berkenaan adalah untuk menyediakan platform kepada pencari kerja terutamanya dalam kalangan belia untuk mendapatkan peerjaan berkualiti.

Menyerahkan sijil penghargaan kepada syarikat yang mengambil bahagian.

 

“Selain itu, karnival kerjaya ini juga bertujuan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan sebelum ini.

“Karnival ini juga menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan oleh 36 syarikat daripada pelbagai sektor seperti pembuatan, elektronik, binaan, keselamatan dan lain-lain lagi.

“Antara jawatan yang perlu diisi termasuk pengurus besar operasi, juruteknik kilang, pengaturcara dan banyak lagi.

 

Pusat Operasi Penang2030 KADUN Jawi kini turut berfungsi sebagai Pusat Satelit MYFutureJobs.

“Ini akan memberi peluang kepada orang ramai yang sedang mencari peluang pekerjaan membuat pilihan tanpa perlu bersusah payah lagi membuat permohonan kepada setiap kilang-kilang yang mereka harapkan,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, Dziauddin Mat Saat dan Pengarah Perkeso Cawangan Pulau Pinang, Mustafa Draman.

Dalam pada itu, Mooi Lye juga mengumumkan bahawa pejabatnya dan Perkeso cawangan Pulau Pinang bersetuju untuk menjadikan Pusat Operasi Penang2030 KADUN Jawi yang terletak dalam pasar raya C-Mart sebagai Pusat Satelit MYFutureJobs.

“Saya dimaklumkan bahawa fungsi utama Pusat Satelit MYFutureJobs adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal untuk berurusan dalam apa jua perkara termasuk khidmat nasihat, mencari pekerjaan, berkaitan caruman dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ADUN