Karnival Sukan Rakyat membudayakan budaya tradisi tempatan

ACARA tarik tali kategori wanita yang menjadi tumpuan.
ACARA tarik tali kategori wanita yang
menjadi tumpuan.

GEORGE TOWN – Permainan sukan rakyat masyarakat tempatan yang mempunyai keunikan tersendiri wajar ditengahkan sebagai produk pelancongan berpotensi negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian sebagai salah satu usaha memelihara keunikan dan kepelbagaian warisan dan budaya tradisi termasuklah acara-acara sukan rakyat yang semakin dilupakan kini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa dalam usaha mencapai prestasi cemerlang dalam kalangan para atlet, adalah penting mereka yang tiada kepakaran supaya mengundurkan diri dan memberi laluan kepada pihak profesional.

“Itulah sebabnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak berebut-rebut untuk memegang jawatan tertinggi dalam persatuan sukan. Akibatnya buruk seperti Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang yang sekarang dalam keadaan hidup segan mati tak mahu,” ujar beliau ketika upacara Perasmian Karnival Sukan Rakyat Peringkat Zon Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Bersempena dengan penganjuran program yang menfokuskan tiga pengisian utama iaitu sukan rakyat,
kenduri rakyat dan larian ria, kira-kira 1,000 pengunjung telah membanjiri Taman Perbandaran Pulau Pinang Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dan Pegawai Daerah Daerah Timur Laut, Azizi Zakaria.