Pulau Pinang catat peratusan pengeluar padi tertinggi negara

Oleh: ZULIANA AZIZ

ANTARA petani, penternak dan nelayan berjaya yang menerima hadiah penghargaan daripada Kerajaan Negeri.
ANTARA petani, penternak dan nelayan berjaya
yang menerima hadiah penghargaan daripada
Kerajaan Negeri.

SEBERANG JAYA – Sambutan Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karnival Koperasi merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri bagi mempromosi produk-produk pertanian, perladangan, perikanan serta koperasi di negeri ini.

Faktor tanah yang terhad dan kos pembangunan yang tinggi tidak menjadi batu penghalang bagi sektor ini menempa beberapa pencapaian yang membanggakan.

Ini terbukti apabila purata pengeluaran hasil padi di negeri ini telah mencapai sasaran iaitu 5.7 tan metrik per hektar, sekaligus menjadikan Pulau Pinang mencatat peratusan pengeluaran tertinggi di Malaysia berdasarkan keluasan sawah padi yang terhad berbanding negeri-negeri lain yang mempunyai sawah padi yang lebih luas.

Dalam pada itu, sektor perikanan juga mencatatkan peningkatan jumlah pendaratan akuakultur sebanyak 7 peratus sehingga Jun 2011 berbanding tempoh yang sama pada 2010. Peratusan ini sekaligus menjadikan Pulau Pinang sebagai satusatunya negeri yang mencatatkan peningkatan ketika semua negeri di Malaysia mencatat penurunan.

TIMBALAN Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman memerhatikan ikan yang berjaya dipancing dalam pertandingan memancing sempena penganj u ran Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karn i v a l Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini barubaru ini.
TIMBALAN Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman
memerhatikan ikan yang berjaya dipancing dalam
pertandingan memancing sempena penganj u ran
Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karn i v a l
Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang hadir berucap, persaingan yang sengit dalam pasaran global juga menuntut inovasi teknologi.

“Perkembangan ini telah meluaskan lagi dimensi sektor pertanian dan industri asas tani merangkumi bidang bioteknologi, kejuruteraan, sistem agihan serta pengurusan dan organisasi pasaran yang berubah,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karnival Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, penubuhan koperasi di setiap komuniti dapat membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada penduduk setempat melalui peluangpeluang perniagaan yang diwujudkan.

“Penubuhan koperasi dalam kalangan golongan muda negeri ini juga amat digalakkan bagi menyokong hasrat Kerajaan Negeri dalam meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk negeri ini,” tambah beliau.

Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman Abbas dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Hajjah Majimor Shariff turut hadir menyempurnakan majlis.