Kayuhan Basikal Amal ke London kutip dana untuk St.John Ambulans

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PASUKAN berbasikal “Kayuhan Basikal Amal Pulau Pinang ke London 2012” bagi mengumpulkan dana RM2 juta untuk b a d a n b u k a n kerajaan (NGO), St. John Ambulan Pulau Pinang.
PASUKAN berbasikal “Kayuhan Basikal Amal Pulau Pinang ke London 2012” bagi mengumpulkan dana
RM2 juta untuk badan bukan kerajaan (NGO), St. John Ambulan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri baru-baru ini mengumumkan ekspedisi “Kayuhan Basikal Amal Pulau Pinang ke London 2012” bagi mengumpulkan dana RM2 juta untuk badan bukan kerajaan (NGO), St. John Ambulan Pulau Pinang.

“Projek ini dicadangkan tahun lepas lagi. Saya hadir pada sidang akhbar ini bagi menyatakan sokongan penuh daripada Kerajaan Negeri (Pulau Pinang),” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi.

Wakil Olimpik Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi II Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ong Poh Eng dan Datuk Dr. Yee Thiam Sun (Komander kepada St. John Ambulan Pulau Pinang) turut hadir pada sidang akhbar tersebut, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga, Teh Yee Cheu merupakan salah seorang daripada enam peserta dalam ekspedisi itu.

Lima yang lain adalah penunggang basikal 100 peratus, David Tim, 53, Saw Peng Hooi (pesara, 60), Chew See Lim (bekas kakitangan MPPP, 53), Bakar Noordin (pelumba basikal, 55) dan Razak (pelatih dan pelumba basikal kebangsaan, 55).

Teh Yee Cheu menandatangani sepanduk program kayuhan amal pada majlis sidang akhbar di sini baru-baru ini.
Teh Yee Cheu menandatangani sepanduk program kayuhan amal pada majlis sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Mereka memulakan kayuhan basikal amal pada 3 Februari lalu dari Jalan Downing, di sini dan dijangka sampai di Jalan Downing, London pada 25 Julai depan dengan merentasi hampir 20 negara, antaranya Malaysia, Thailand, Myanmar, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Romania, Hungary, Austria, Jerman, Netherland, Belgium, Perancis, Itali dan London.

Destinasi akhir kayuhan basikal amal tersebut adalah Manchester Velodrome, London yang lebih dikenali sebagai “Bandar Basikal”.

Dalam pada itu, Yee Chue berkata, ekspedisi terbabit diharap dapat menarik perhatian golongan belia terhadap gaya hidup yang sihat.

“Kita akan promosi kepada orang muda ke arah (kempen) hijau, sihat dan kasih sayang. Kita akan promosi (imej) Pulau Pinang, program kayuhan, (industri) halal hub dan negara (Malaysia) di sepanjang ekspidisi ini,” ujarnya.

Sumbangan boleh dibuat melalui Maybank atas penama St. John Ambulan Pulau Pinang, nombor akaun – 5072 4615 6969.