Ke arah Pulau Pinang hijau

 

 

WARTAWAN-wartawan Sinar Harian bergambar kenang-kenangan bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Zaini Hussain (kiri sekali) dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik (kanan sekali).
WARTAWAN-wartawan Sinar Harian bergambar kenang-kenangan bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Zaini Hussain (kiri sekali) dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik (kanan sekali).

CEMERLANG… WARTAWAN Sinar Harian, Mohd. Iskandar Othman (dua dari kanan), M. Gokina (dua dari kiri) dan Syajaratulhuda Rosli (tengah) menunjukkan replika cek serta sijil penghargaan yang diterima selepas memenangi hadiah utama bernilai RM3,000 Pertandingan Anugerah Kewartawan Hijau (AKH) anjuran Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Dalam pada itu, wartawan The Star, Christina Chin memenangi hadiah yang sama bagi kategori Bahasa Inggeris.

Bagi Mohd. Iskandar, beliau bersama pasukannya mengambilmasa selama dua hari bagi menyelami masalah pencemaran sampah di sekitar George Town dan Persiaran Gurney.

Bagi menghargai alam sekitar, saya secara peribadi menyokong Kempen Hari Tanpa Beg Plastik sejak dianjurkan bermula awal tahun lagi dan setiap kali saya berkunjung ke pasaraya saya pasti akan membawa beg kertas,” ujarnya.