Keberanian, pengorbanan wira perang terus diingati

PENGHORMATAN… Hari Peringatan (Remembrance Day) yang disambut di seluruh dunia pada 11 November setiap tahun merupakan hari memperingati wira-wira perang dan mereka yang meninggal dunia dalam peperangan demi menjaga maruah, daulat dan kebebasan bangsa serta negara.

Antaranya, peristiwa Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945), Peristiwa Landasan Maut Nong Pladuk Siam – Thanbyuzayat Burma (1942-1945), Darurat Tanah Melayu (1948- 1960), Konfrontasi Indonesia (1962-1965) dan Peristiwa Pemberontakan Komunis (1972- 1990).

Baru-baru ini, Persatuan Veteran Pulau Pinang menganjurkan suatu Majlis Hari Peringatan yang diadakan di Tugu Peringatan (The Cenotaph), Esplanade di sini.

Majlis yang dihadiri Ketua Menteri dan barisan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri turut disertai pegawai-pegawai dan anggota-anggota pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meliputi Udara, Laut dan Darat negara.

Turut hadir, pelbagai regimen termasuk dari Great Britain, Australia, New Zealand, Singapura, Kepulauan Fiji, Nepal, Kesatuan Rhodesia dan Nyasaland dan Thailand.

PEGAWAI dari pasukan keselamatan negara meletakkan kalungan bunga sebagai tanda penghormatan bersempena sambutan Hari Peringatan yang diadakan di sini baru-baru ini.
PEGAWAI dari pasukan keselamatan negara meletakkan kalungan bunga
sebagai tanda penghormatan bersempena sambutan Hari Peringatan
yang diadakan di sini baru-baru ini.