Kedai ‘era Jepun’ tutup akibat GST

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SHUM JIAN-WEI & AHMAD ADIL MUHAMAD

AIR ITAM – Kedai ubat tradisional Ban Swee Choon milik Yew Chian Hooi, 75 di Jalan Danby dekat Parlimen Bukit Mertajam yang beroperasi pada era kolonialisme Jepun sejak 78 tahun dahulu terpaksa ditutup ekoran tidak mampu mendepani cabaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April lepas.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam nada kesal mengkritik keras terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa langsung tidak sensitif dengan keluh-kesah rakyat, termasuk peniaga kecil di negeri ini.

“Masa Jepun menjajah pun tidak takut untuk buka kedai, tetapi dengan GST kena takut.

“Akhirnya kedai ini tidak kalah kepada Jepun, tetapi kalah kepada GST,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan semasa mengadakan pertemuan dengan pemilik kedai ubat tersebut di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Guan Eng turut mendapatkan maklum balas daripada pengusaha pengusaha kedai runcit Tatt Ming dekat Air Itam, pemiliknya, Moey Kok Meng, 68, susulan terbaca laporan berwajib daripada sebuah akhbar berbahasa Cina.

“Masalah GST bukan sahaja beban kewangan yang terpaksa ditanggung peniaga-peniaga kecil, tetapi juga kerana prosedurnya yang dianggap sukar isu borang atau macam mana mematuhi peraturan ditetapkan, mengakibatkan mereka (peniaga) akan menanggung kos yang lebih kalau nak patuhi peraturan ditetapkan.

“Oleh kerana tidak mampu, Encik Moey (Kok Meng) telah membuat keputusan yang pahit, iaitu untuk menutup kedai pada 25 Mac ini (lalu) selepas beroperasi selama 48 tahun,” ujar Guan Eng pada sidang media berasingan bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam merangkap Setiausaha Politik kepada beliau, Wong Hon Wai.

Menurut Kok Meng, beliau mengambil keputusan untuk menutup kedai runcit kerana tidak memahami sistem percukaian baru tersebut, selain, mengakui GST menambahkan beban hidup kerana operasi perniagaannya.

Tambahnya, beliau bukan sahaja tidak tahu cara menggunakan komputer serta “berniaga mengikut cara lama”, malah, juga mengaku masih mengira stok menggunakan tangan.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);