‘Keep In Touch’ bersama TKM1 meriah

MANSOR Othman (barisan tengah, enam dari kanan) bergambar kenang-kenangan bersama peminat-peminat Facebook beliau bersempena penganjuran program ‘Keep In Touch’ di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman (barisan tengah, enam dari kanan) bergambar kenang-kenangan bersama peminat-peminat Facebook beliau bersempena penganjuran program ‘Keep In Touch’ di sini baru-baru ini.

RAMAH MESRA… Jelas terpancar wajah kegembiraan buat hampir 100 orang peminat Datuk Mansor Othman apabila dapat mendekati dan beramah mesra bersama Timbalan Ketua Menteri I itu dengan lebih dekat pada 4 Disember 2011 yang lepas.

Program ‘Keep In Touch’ bersama Mansor telah berlangsung di Hotel Naza Talya, Tanjung Bungah. Majlis minum petang dan beramah mesra bersama para peminat Facebook tersebut dianjurkan bagi membolehkan beliau mendekati peminat dan penyokong setianya dengan lebih rapat.

Tidak dilepaskan peluang adalah kesempatan bertemu dengan peminat diabadikan dengan kenangan bergambar beramai-ramai dan bertukar-tukar soalan dan pendapat.

Turut hadir, seorang peminat dari Klang, Selangor, Firdaus Kamarudin yang hadir bersama ahli keluarganya hanya kerana ingin berjumpa serampang empat mata dengan Timbalan Ketua Menteri.