Kejayaan MBPP lambang kegigihan bersama – Datuk Bandar

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

 

PADANG KOTA – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berjaya meraih tempat ketiga bagi inovasi alat kapit roda 3 dalam 1 pada Pertandingan Innovation Blast 2017 yang diadakan baru-baru ini.

“Serta tempat ketiga Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Projek Integrasi Aktiviti Pantai dan Air Menggunakan Winch Boat di Batu Feringghi,” ujarnya pada sidang media sejurus tamat Mesyuarat Biasa Majlis Bilangan 12/2017 dekat Dewan Bandaraya di sini.

Datuk Bandarnya, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, kejayaan tersebut melambangkan usaha gigih MBPP ke arah memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkesan dan dinamik.

Dalam mesyuarat sama, Maimunah turut menyenaraikan pencapaian MBPP sepanjang suku keempat tahun ini, antaranya Anugerah Best Broadcast Advertisement Tourism Promotion For Asia Paci c (TPO) di Tongyeong, Korea Selatan bagi Projek ‘Pedesterian Is King’; tempat keempat Kategori International Senior 40 Open 200 Meter (12 orang) pada Kejohanan Penang International Dragon Boat Festival 2017 serta tempat kelima kejohanan sama bagi Kategori International Senior 40 Open 500 Meter (12 orang).