Kejohanan Golf Antarabangsa bakal hangatkan bulan sambutan George Town

Admin

GEORGE TOWN – Bersempena dengan sambutan George Town : Bandaraya Warisan Dunia yang bakal diadakan sepanjang bulan Julai ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan kerjasama IJM bakal menganjurkan ‘George Town 1st International Golf Championship 2011’ pada 5 Julai dan 6 Julai ini di Bukit Jawi Golf Resort, Seberang Perai Selatan.

Kejohanan golf ini terbuka kepada individu amatur lelaki dan wanita serta berkumpulan antara tiga hingga lima orang sepasukan dengan pencapaian ‘USGA Handicap index’ atau ‘National Handicapping System’, 24 dan ke bawah bagi kategori lelaki dan 36 dan ke bawah bagi kategori wanita.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi ‘The Tournament Committee of George Town – IJM 1st International Golf Championship 2011’, Bukit Jawi Golf Resort di talian (+604) 582 0759 atau emel di [email protected] atau layari laman sesawang http://www.bukitjawi.com.my atau hubungi Ms. Joyce Teoh di talian 012-491 6685 atau Mr. Eric Khor di talian 04- 582 0759 atau laman sesawang MPPP di http://www.gov.my.