Nestle walking Day 2011 meriah

Admin

GEORGE TOWN – Lebih 250 peserta mengambil bahagian dalam ‘Nestle Walking Day 2011’ yang dianjurkan secara bersama antara Nestle (M) Sdn.Bhd dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Acara tersebut diadakan di Taman Perbandaran (Penang Municipal Park).

Acara yang dianjurkan oleh Nestle (M) Sdn. Bhd. merupakan acara berjalan sepanjang 2.8 kilometer. Nestle (M) Sdn. Bhd. telah merancang untuk menganjurkan lapan acara berjalan sepanjang tahun 2011 dan acara kemuncaknya dijadualkan pada November tahun ini bersempena ‘Nestle World Walking Day’.

Menurut jurucakap Nestle, Mohd. Hanif Harun, Nestle (M) Sdn. Bhd. bercadang menganjurkan 20 acara berjalan ‘Nestle Walking Day’ di utara Semenanjung, dan lapan daripadanya akan diadakan di Pulau Pinang, manakala empat acara akan diadakan masing-masing di Perak, Kedah dan Perlis.

Selain itu, beliau menambah bahawa acara tersebut adalah sebahagian daripada agenda Nestle (M) Sdn. Bhd. untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja melalui pemakanan tetapi juga melalui senaman.

Berjalan atau ‘brisk-walking’ juga merupakan salah satu cara senaman yang paling mujarab untuk membakar kalori dan mengekalkan kesihatan tubuh,” ujar Mohamad Akbar Mustapha, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Komuniti MPPP.

Turut hadir pada acara tersebut Ahli Jawatankuasa Tetap Pihak Berkuasa Perlantikan dan Pihak Berkuasa Tatatertib, Felix Ooi Keat Hin.