Kejutan sambutan hari kelahiran khas buat YAB Ketua Menteri

Admin

SESI jamuan petang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebentar tadi adalah amat istimewa apabila kakitangan Pejabat Ketua Menteri mengambil inisiatif memberikan kejutan kepada YAB Ketua Menteri yang menyambut hari kelahiran ke-60 hari ini.

Walaupun ‘diingatkan’ bahawa YAB tidak begitu menyukai kejutan sedemikian – disebabkan sikapnya yang sederhana, namun sambutan yang diadakan adalah cukup bermakna.

Memasuki usia 60 tahun, YAB Ketua Menteri berharap untuk memiliki kehidupan yang lebih bermakna, bertambah gemilang dan dapat terus bekerja untuk Pulau Pinang.

Pada sambutan yang turut disertai barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan rakan-rakan media, majlis diserikan dengan nyanyian lagu ‘Happy Birthday’.

Ia kemudian disusuli dengan acara memotong kek dan dinikmati oleh semua yang hadir.

Selamat Menyambut Hari Kelahiran Yang Ke-60 CM!