Kekalkan etika sebagai pengamal media baru – Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

LIM Guan Eng (tengah) bersama Nurul Izzah Anwar (kiri) dan Khalid Samad (kanan) berbincang sebelum bermulanya Konvensyen Media Sosial Pulau Pinang 2011 di sini baru-baru ini.
LIM Guan Eng (tengah) bersama Nurul Izzah Anwar (kiri) dan Khalid Samad (kanan) berbincang sebelum bermulanya Konvensyen Media Sosial Pulau Pinang
2011 di sini baru-baru ini.

TANJUNG TOKONG – Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyeru seluruh pengamal media baru di negara ini supaya mengekalkan penulisan beretika demi mendidik rakyat dalam melakukan perubahan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Beliau menyuarakan hasrat demikian pada Konvenysen Media Sosial Pulau Pinang 2011 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

“Malaysia tidak memerlukan ‘cyber trooper’ Umno yang hanya melakukan fitnah dan berbahasa lucah dalam tulisan mereka apabila ada bayarannya oleh pemimpin tertentu Umno.

“Askar (cyber trooper Umno) boleh diupah tetapi, kawan, iaitu pengamal media baru seperti di hadapan ini tidak boleh dibeli.

“(Ini kerana) pengamal media baru yang hakiki menulis berdasarkan fakta secara bebas serta mendidik rakyat menolak kezaliman, perkauman, penyelewengan, penindasan, penipuan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertentu (dalam) Umno Barisan Nasional sendiri,” ujarnya pada Sesi Mega Tweetup Konvensyen Media Sosial di sini baru-baru ini.

Konvensyen tersebut turut menampilkan selebriti tweeterjaya seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (@KhalidSamad).

mediasosial2

Bloggger Politik Pertama Malaysia, Lim Kit Siang turut hadir dalam konvensyen selama sehari itu. Program anjuran Kerajaan Negeri itu turut menyaksikan penampilan Datuk Arif Sabri yang lebih dikenali sebagai blogger Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias.

Kira-kira 100 pengamal facebook, tweeter dan blog berdaftar menyertai konvensyen tersebut. Mereka, antaranya blogger MiloSuam, Tukar Tiub, Topeng Perak, Tulang Besi, Anak Sungai Derhaka, Sharpshooter, Jiwo Kelate, Medaline Chang (FB) dan @fahmi_fadzil.

Mereka yang hadir antara lain berikrar untuk berpadu menyelamatkan Malaysia dan rakyat dari politik fitnah ciptaan ‘cyber trooper’ Umno Barisan Nasional.

Dalam perkembangan lain, kelab “Frenz of Penang” turut dilancarkan demi menghimpunkan sukarelawan di negeri berkenaan.

Info lanjut, boleh diakses melalui hyperlink “http://facebook.com/frenzofpg” \n _blankfacebook.com/frenzofpg dan @FrenzofPg.