Keluarga mangsa lemas dapat perhatian KN

Admin

KETUA Menteri (dua dari kiri) menyatakan sesuatu kepada Hamidah (tiga dari kiri) sambil diperhatikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussein (kiri sekali) pada majlis penyampaian sumbangan khas kepada keluarga mangsa di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – “Saya rasa sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku. Arwah suami orang sini dan kerja di sini. Sekarang dia (arwah) dah tiada. Saya tiada sesiapa lagi nak bergantung harap di sini dan terpaksa pulang ke kampung di Pahang bagi meneruskan kehidupan,” ujar balu mangsa lemas, Hamidah Mohamed, 31, kepada Buletin Mutiara (BM) di sini baru-baru ini.

Hamidah berkata demikian ketika ditemui BM selepas menerima sumbangan bernilai RM1,000 daripada Kerajaan Negeri sambil ditemani ibu serta dua orang anaknya yang masing-masing berumur empat bulan dan tiga tahun. Difahamkan, anak beliau yang berumur tiga tahun juga mempunyai masalah jantung.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1 September lalu, Allahyarham Abdul Razak Osman, 32, mati lemas ekoran cubaannya menyelamatkan Abdullah Mukmin, 12, (juga mati lemas) yang merupakan anak saudaranya di Pantai Pasir Panjang di sini.

Dalam pada itu, bagi Allahyarham Abdullah, sumbangan telah diterima oleh bapa beliau iaitu Ahmad Nasser Osman, 42.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang prihatin dengan keluarga kami,” kata Ahmad Nasser.