Kebersihan & Kesihatan fokus KADUN TAT

Admin

 

TELOK AIR TAWAR – Menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Hijau dan rakyat yang sihat, KADUN Telok Air Tawar telah mengambil inisiatif khas untuk menganjurkan program-program khas sepanjang bulan Julai lalu.

 

Antara program yang dijalankan adalah Program Penjagaan buah Pinggang Dan Rawatan Kesihatan Percuma anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pekan Darat bersama Pejabat Pegawai Penyelaras KADUN Telok Air Tawar serta Program Gotong-royong Membersihkan Perkarangan Masjid Jamek Permatang Tok Gelam.

 

Bersempena dengan program gotong-royong yang diadakan, Ahli Majlis Majlis Perbandaran seberang Perai (MPSP), Bakthiar Appandi telah menyumbangkan sebanyak tujuk tong sampah kepada imam masjid berkenaan.

 

Antara lain, Pertandingan Bolasepak 9 sebelah  Anjuran JKKK Permatang Kuching bersama Pejabat Pegawai Penyelaras KADUN Telok Air Tawar juga telah dilangsungkan.