Kemenangan di Batu Kawan seruan rakyat untuk selamatkan Malaysia – Kon Yeow

Admin

BUKIT TENGAH – Chow Kon Yeow menyifatkan kemenangan beliau (tidak rasmi) di kerusi Parlimen Batu Kawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan isyarat daripada rakyat untuk menyelamatkan negara.

Justeru, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya pengundi di Batu Kawan kerana memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan.

“Terima kasih kepada pengundi di Batu Kawan kerana telah menerima mesej yang disampaikan oleh Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Parlimen Batu Kawan, YB Prof. P. Ramasamy, YB Gooi Hsiao-Leung dan Goh Choon Aik kerana sentiasa bersama-sama menjalankan kempen sepanjang 14 hari ini.

“Ucapan penghargaan tidak terhingga juga kepada jentera kempen dan pihak media kerana sentiasa bersama kami sepanjang tempoh ini.

“Seperti mana yang saya tegaskan, PRU kali ini bukan hanya mengenai Chow Kon Yeow atau Batu Kawan, tetapi ia merupakan panggilan bertindak selamatkan Malaysia,” katanya semasa menunggu proses pengiraan undi di sini sebentar tadi.