Kempen derma darah capai sasaran

Admin

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

SERI DELIMA – Kempen Derma Darah anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Island Glades mendapat sambutan menggalakkan apabila program tersebut mencapai matlamatnya.

Menurut Pengerusi JKKK Island Glades, V.K.S. Nithiyananthan, program dianjurkan adalah yang pertama dianjurkan dan memperoleh kerjasama penuh daripada Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP).

“Walaupun pertama kali dijalankan, ia mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Malah, menurut Unit Tabung Darah HBPP, kuantiti darah yang diperlukan untuk program ini tercapai,” tambah Nithiyananthan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nithiyananthan turut berterima kasih kepada para penduduk yang hadir menjayakan kempen tersebut.

 

SALAH seorang penderma yang menjayakan Kempen Derma Darah anjuran ADUN seri Delima dan JKKK Island Glades di sini baru-baru ini
SALAH seorang penderma yang menjayakan Kempen Derma Darah anjuran ADUN seri Delima dan JKKK Island Glades di sini baru-baru ini