Kemudahan sukan baharu dorong penglibatan aktif belia Kampung Melayu

Admin
cd0655c5 39a5 4f89 8c6d fc0551b93b22

AIR ITAM – Gelanggang sepak takraw berbumbung baharu yang dibangunkan menerusi peruntukan Projek Mesra Rakyat di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijangka menjadi pemangkin kepada pengukuhan sukan komuniti setempat, khususnya dalam kalangan belia.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, kemudahan tersebut bukan sekadar projek fizikal, sebaliknya memberi impak langsung kepada pembangunan sosial dan aktiviti sihat masyarakat di peringkat akar umbi.

“Dengan adanya gelanggang sepak takraw berbumbung ini, ia akan merangsang anak-anak dan warga Kampung Melayu Air Itam untuk memperkuat lagi pasukan sepak takraw di sini.

“Justeru, diharapkan kemudahan ini dapat melahirkan lebih banyak pasukan tempatan, sekali gus membuka ruang penyertaan lebih luas dalam pertandingan di peringkat daerah mahupun negeri.

13852bb6 2fcd 4e94 a688 e6752c11e4ba c1b2652b 823a 4940 9939 965d9da097e6 bb12d8b9 4561 483f 98a9 7449882c2253
“Rakyat di lapangan perlu merasai hasil pembangunan, bukan sekadar omong-omong kosong, tetapi membawa kesan positif kepada lokaliti setempat,” ujarnya semasa Sesi Jelajah Ketua Menteri ke Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam di sini sebentar tadi.

Selain perasmian gelanggang tersebut, siri jelajah tersebut turut diserikan dengan pengagihan bubur asyura sebanyak 700 bekas kepada penduduk setempat sebagai usaha mengeratkan hubungan komuniti serta memeriahkan aktiviti kemasyarakatan.

Pada sesi sama, turut diadakan program santai bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Air Itam yang diserikan dengan jamuan durian, sebagai platform interaksi antara pemimpin dan masyarakat setempat dalam suasana lebih santai dan mesra.

683dc518 2b6f 46f4 af41 3abfa8d486ce b64f25e9 a8cc 45cd a5a7 c63b16670888 7c322176 b4f1 4af7 bba2 099ffa361b27
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh; barisan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta barisan MPKK Air Itam merupakan antara yang turut sertai sesi santai berkenaan.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI

Video : ALISSALA THIAN