Kepelbagaian budaya, kekuatan Sungai Acheh – ADUN

Admin
whatsapp image 2026 08 19 at 14.09.13

SUNGAI ACHEH – Kepelbagaian kaum, agama dan budaya menjadi teras kekuatan masyarakat di Sungai Acheh dalam terus memelihara keharmonian serta membina kawasan itu sebagai tempat yang aman, maju dan sejahtera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Dato’ Rashidi Zinol berkata, tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah untuk berkhidmat kepada semua masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Bagi saya, politik yang matang bukan soal menjaga satu kelompok sahaja. 

Amanah sebagai wakil rakyat adalah untuk semua rakyat, tanpa mengira Melayu, Cina, India mahupun latar belakang.

“Perbezaan tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan kita, sebaliknya menjadi kekuatan untuk kita terus membina Sungai Acheh yang lebih baik,” ujarnya.

 

whatsapp image 2026 08 19 at 14.09.15

 

Beliau yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Ee Lan Shen Hui bersama masyarakat Cina di sini baru-baru ini.

whatsapp image 2026 08 19 at 14.09.14

Menurutnya, keharmonian yang dinikmati masyarakat hari ini perlu terus dipelihara dengan menjadikan kepelbagaian sebagai asas untuk mengukuhkan hubungan antara komuniti.

“Berbeza budaya, tetap satu keluarga Sungai Acheh,” katanya.

 

Gambar: ADUN