Kerajaan Negeri hormati Sabah & Sarawak – KM

PADANG KOTA – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di luar Sabah dan Sarawak yang meraikan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

“Kami (Kerajaan Negeri) mahu meraikan perayaan ‘Malaysia Timur’ sepertimana kita menyambut perayaan-perayaan lain di Pulau Pinang dan kami (Kerajaan Negeri) mahu mereka yang jauh dari kampung (berasal dari Sarawak dan Sabah) untuk berasa seperti di rumah sendiri di sini.

“Ini kerana, kita (Kerajaan Negeri) menghormati Sabah dan Sarawak, kerana tanpa kedua-dua negeri, pembentukan Malaysia tidak akan berjaya,” ucapnya pada sambutan Pesta Gawai dan Kaamatan 2015 Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini barubaru ini.

Selesai menyampaikan ucapan, Guan Eng menyempurnakan gimik majlis berkaitan dengan memalu gong Sabah sebanyak tiga kali, menyumpit belon dan menari tarian tradisional magunatip.

Pesta Kaamatan disambut di Sabah pada 30 dan 31 Mei setiap tahun oleh masyarakat Kadazan-Dusun, Murut, Rungus dan Lun-dayeh. Manakala, Hari Gawai disambut di Sarawak pada 1 dan 2 Jun oleh kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu masyarakat.

Diadakan untuk tahun kedua berturut-turut, acara tersebut telah menarik lebih 1,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama.

Selain pelbagai persembahan tarian tradisional, acara yang paling menarik perhatian adalah pertandingan ratu cantik.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik selaku pengerusi jawatankuasa penganjur.

}