Kerajaan Negeri lulus RM320,000 naik taraf parit monsun Jalan Kemuning

BAGAN JERMAL – Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) meluluskan peruntukan khas berjumlah RM320,000 bagi menaik taraf parit monsun dekat Jalan Kemuning, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal yang juga Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee berkata bahawa kerja-kerja menaik taraf adalah membabitkan pembinaan dinding konkrit di sepanjang parit monsun tersebut.

Konkrit yang bakal dipasang di sepanjang dinding parit monsun Jalan Kemuning di sini.

“Pemasangan konkrit pada dinding parit monsun adalah melibatkan kelebaran 5 meter (m) atau 16.5 kaki persegi dengan kedalaman sehingga 7 kaki persegi manakala jaraknya pula sejauh 500 kaki persegi.

“Tujuan penaiktarafan ini adalah untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah semasa hujan lebat selain mengelakkan dinding di tapak parit monsun terhakis,” katanya pada sidang media berkaitan kerja-kerja menaik taraf parit monsut berkaitan dekat sini sebentar tadi.

Turut hadir, Ahli Majlis bagi MBSP, Ng Yee Siang; Pengerusi Pertubuhan Perayaan Phor Thor Jalan Mohd. Saad, Tan Hai Quan serta ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan berkaitan.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ENG KOK WEI