Kerajaan Negeri tetap bersama penduduk Kg. Mutiara

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri akan tetap bersamasama perjuangan penduduk asal Kampung Mutiara, sungguhpun ketegasan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menggamit kritikan daripada tuan tanah terbabit.

“Keutamaan kami (Kerajaan Negeri) adalah untuk mempertahankan hak-hak rakyat, terutama penduduk Kampung Mutiara. “Kami adalah dengan anda (penduduk Kampung Mutiara).

“Sekiranya dia (tuan tanah) pohon (pelan pembangunan merancang), ia tidak akan diluluskan kerana Kerajaan Negeri berasa bahawa cara untuk menyelesaikan itu (melalui usaha merobohkan rumah penduduk asal tanpa pampasan) tidak boleh disokong oleh Kerajaan Negeri.

“Saya baca dalam suratkhabar The Star, hampir setengah muka cerita dia (tuan tanah) marah sama Kerajaan Negeri.

“Tidak kira apa, kami (Kerajaan Negeri) dengan rakyat, walaupun kita (Kerajaan Negeri) dimarahi dan dikritik oleh pemilik tanah. “Kalau dia (tuan tanah) marah pun, kita tetap bersama dengan penduduk…yang penting Kampung Mutiara tetap ada (tidak dikosongkan),” tegas Guan Eng pada sidang media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons pada kritikan tuan tanah terbabit, Peter Loke Leng Seak yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris, The Star bertarikh 24 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dalam sidang media berasingan turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan bekas Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Iszuree Ibrahim yang didakwa cuba menggambarkan Kerajaan Negeri langsung tidak membela nasib orang-orang Melayu di kampung tersebut.

“Sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Ahmad Ismail (Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera), isu Kampung Mutiara bukannya isu politik dan tidak seharusnya diputar belitkan oleh sesiapa pun,” kata Zairil.

Sebelum ini, Zairil dan Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon dalam sidang media berasingan di kampung berkenaan turut menegaskan bahawa sebarang permohonan projek pembangunan di atas tanah tersebut tidak akan diluluskan, selagi tuntutan penduduk asal terbabit tidak ambil kira oleh pemaju.

Terdahulu, langkah pengusiran di atas sebidang tanah berkeluasan 3.5 ekar di Kampung Mutiara dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Tanjung Bunga dilakukan berikutan penghakiman mahkamah bertarikh 3 Julai 2012, perintah bertarikh 20 April 2015, writ milikan bertarikh 25 Jun 2015, dan akhirnya, notis keluar bertarikh 9 Julai 2015.

Ekoran itu, Zairil memberitahu bahawa beliau dihubungi, dan tuan tanah bersedia untuk berbincang mengenai isu berbangkit tersebut.

Zairil bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu ke hadapan bersama-sama penduduk terbabit menuntut pampasan tertentu daripada tuan tanah, sehinggalah permohonan injuksi daripada pihak polis diterima oleh mahkamah.

if (document.currentScript) {