Kes gondol baru, arah MPPP siasat

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Shariful Azhar Othman sekali lagi mendedahkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mengenai dua aktiviti penggondolan bukit yang dikatakan kes terbaru, sama seperti pendedahannya sebelum ini dekat Bukit Gambir.

Exco Kerajaan Tempatan , Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dalam kenyataannya berkata, beliau sendiri tidak tahu mengenai dua kes terbaru tersebut.

Bagaimanapun, beliau dalam sidang DUN baru-baru ini menjelaskan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telahpun menyiasat serta mengenal pasti pihak terbabit yang menggondolkan kawasan Bukit Gambir sebelum ini, lalu, mengenakan denda berjumlah RM30,000.

“Saya sendiri tidak tahu bahawa ada dua lagi kawasan di bukit sama baru digondolkan  , tetapi , saya akan mengarahkan MPPP ( Majlis Perbandaran Pulau Pinang) untuk menyiasat dua kes yang didedahkan oleh ADUN Bertam,” ujarnya yng juga ADUN Padang Kota Kota pada sedang media bersama Shariful Azhar di sini baru-baru ini.

Pada Julai tahun lepas, Kon Yeow dalam sesi persidangan DUN mendedahkan bahawa seorang ahli korporat bergegar ‘Tan Sri’ terlibat dalam aktiviti penggondolan Bukit Gambir terdahulu.

Bagaimanapun, beliau menafikan ‘Tan Sri’ berkenaan dirujuk kepada mahkamah, sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar harian berbahasa Cina semasa itu.