Kesederhanaan mampu lenyapkan perkauman melampau – KM

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEBUN BUNGAH – Mesej kesederhanaan dan kebebasan akan terus disuburkan di Pulau Pinang demi mempengaruhi Putrajaya untuk bersama-sama melenyapkan fahaman perkauman melampau di negara ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian sempena Majlis Sambutan Hari Ponggal Peringkat Negeri di sini baru-baru ini.

“Sekiranya kita semua berganding tenaga dengan berasaskan prinsip kebebasan dan kesederhanaan, sekaligus kita akan dapat melenyapkan laungan pihak-pihak yang bersikap ekstrimis dan menjamin kemakmuran serta keadilan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) turut berucap pada majlis rasmi di perkarangan Ibu Pejabat Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (HEB), di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer.

Menurut Guan Eng, kesederhanaan yang diamalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut menyumbang pada perkembangan ekonomi negeri.

“Keamanan merupakan aspek penting yang membantu untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan asing.

“Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada tahun 2008, negeri Pulau Pinang telah menarik pelaburan sebanyak RM40 bilion untuk tempoh enam tahun di antara 2008 hingga 2013,” ujar beliau.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);