Ketua Menteri hadir beri sokongan, pasukan Pulau Pinang catat kemenangan bergaya 6-3

Admin

DATUK KERAMAT – Kehadiran Ketua Menteri, Y.A.B. Chow Kon Yeow memberi tuah kepada pasukan Pulau Pinang hari ini apabila berjaya mengalahkan Sarawak dengan jaringan 6-3.

Dengan kemenangan tersebut, Pulau Pinang kini layak ke saingan berprestij Piala Malaysia bagi tahun 2019 yang akan berlangsung pada Ogos ini.

Kehadiran Kon Yeow turut ditemani Exco Belia & Sukan, Soon Lip Chee.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Jason H’ng Mooi Lye dan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Dr. Amar Pritpal Abdullah merangkap ADUN Sungai Bakap.

Pada perlawanan berkaitan, Pulau Pinang bermula garang pada separuh masa pertama apabila mendahului Sarawak dengan jaringan 5-0.

Bersambung babak kedua, Pulau Pinang yang menguasai permainan menggandakan asakan dan menghasilkan tambahan satu gol.

Sarawak mendapat tiga gol pada separuh masa kedua.

Gol-gol pasukan Pulau Pinang dijaringkan oleh Al-Hafiz harun minit kelima dan 32, Sergio Aguero (lapan), Casagrande (14 dan 27) dan Julian Bottaro (52).

Sejurus tamat perlawanan, Kon Yeow turut mengelilingi padang bersama-sama pemain meraikan kemenangan berkaitan bersama-sama barisan penyokong.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : CHAN KOK KUAN

Video : DARWINA MOHD. DAUD