Ketua Menteri terima kunjungan DO SPU baharu

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pagi ini menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Daerah (District Officer, DO) bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang baharu, Zulkifli Rashid di pejabatnya di Komtar dekat sini.

 

ZULKIFLI Rashid (kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Ketua Menteri pagi ini.

Dalam pertemuan selama kira-kira 30 minit itu, antara perkara yang dibangkitkan adalah berkaitan pentadbiran tanah selain membincangkan isu berhubung undang-undang tanah dan warta berkaitan pembangunan tanah di SPU.

 

Difahamkan, kunjungan hormat Zulkifli ini merupakan kunjungan pertama beliau setelah dilantik sebagai DO pada 2 Mei lepas.

 

Sebelum ini, Zulkifli pernah berkhidmat dalam perkhidmatan negeri sejak 2003.

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALVIE CHENG