Ketua Menteri terima kunjungan hormat perpisahan Pengarah JKR Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang, Ir. Dr. A.G. Balamurugan di pejabat beliau dekat Komtar sebentar tadi.

Dalam pertemuan tersebut, Balamurugan menzahirkan ucapan penghargaan kepada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri terutamanya ahli-ahli Exco yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak JKR.

Dr. A.G. Balamurugan ketika mengadakan kunjungan hormat perpisahan ke atas Ketua Menteri dekat pejabat beliau sebentar tadi.

“Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Menteri kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya selama berkhidmat di negeri Pulau Pinang.

“Saya sangat gembira kerana mendapat kerjasama yang baik terutamanya daripada barisan Exco Kerajaan Negeri dalam tempoh yang singkat ini,” ujarnya.

Turut dibincangkan adalah projek-projek yang sempat dikendalikan Balamurugan di negeri Pulau Pinang sepanjang 11 bulan beliau berkhidmat di negeri ini termasuk projek Gurney Wharf dekat Pulau Tikus.

Balamurugan akan dilantik sebagai Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan JKR Pusat dan akan melaporkan diri pada 15 Disember 2021.

Sebelum ini, beliau merupakan Jurutera Awam Penguasa Kanan dekat Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) JKR Pusat sebelum dilantik sebagai Pengarah JKR Pulau Pinang pada 21 Januari 2021.

Terima kasih dan selamat maju jaya.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS