Ketua Menteri terima kunjungan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia 

Admin
KETUA Menteri menerima plak cenderahati kenang-kenangan daripada wakil Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat ahli-ahli jawatankuasa Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) cawangan Negeri Pulau Pinang di pejabat beliau dekat Komtar.

KETUA Menteri (tujuh dari kiri) menerima plak cenderahati kenang-kenangan daripada wakil Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia.

Kunjungan delegasi seramai 11 wakil yang diketuai Pengerusi KPPSM Pulau Pinang, Mohd. Yusof Hamid, telah mengadakan perbincangan selama kira-kira 40 minit.

Dalam pertemuan berkenaan, Mohd. Yusof mengemukakan kertas cadangan berkaitan permohonan untuk mendapatkan geran tahunan bagi melaksanakan aktiviti mesyuarat tahunan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan selain beberapa isu berbangkit.

PERBINCANGAN antara Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia dan Ketua Menteri di Komtar, tadi.

Kon Yeow dalam pada itu, menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memberikan sokongan berterusan atas segala aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh KPPSM.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng turut serta dalam pertemuan berkaitan.

 

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ALVIE CHENG