KM doa Raja Thailand kesihatan yang baik

TERUS DILIMPAHI KEMAKMURAN… Bersempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Raja Bhumibol Adulyadej Ke-87, sebuah majlis makan malam tertutup diadakan di sini anjuran Pemangku Konsul Jeneral Thailand ke Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Chongchareon Devahasdin Na Ayudhaya baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang hadir pada majlis berkenaan mendoa dan mengharapkan kesihatan yang baik buat Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol.

Malah, beliau berdoa agar rakyat dan negara tersebut terus dilimpahi dengan kemakmuran yang berterusan.

Turut hadir, Konsul Jeneral Jepun, Indonesia dan wakil-wakil daripada pejabat perwakilan pelbagai negara.

Pada majlis tersebut, para tetamu disajikan dengan pelbagai makanan tradisional Thailand seperti som tam sambil dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang menarik.