KM puji CSR Intel integrasi sistem pintar MPSP

Admin

SEBERANG JAYA – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow memuji tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat Intel dengan saling bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam menyediakan Smart City of Penang (SCoPe) termasuk pemasangan 64 lagi kamera litar tertutup (CCTV) di pusat kawalan bersepadu di sini.

Ketika berucap, beliau berharap lebih banyak pihak swasta dapat menawarkan CSR ke arah menyumbang kepada usaha MPSP mendapat pengiktirafan Seberang Perai sebagai bandar rendah karbon dan bandar pintar menjelang tahun 2022. 

“Pihak swasta yang setuju untuk kolaborasi dengan Kerajaan Negeri menawarkan pelbagai teknologi, dan juga projek perintis untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pelaksana inisiatif terbaru.

“Dengan kejayaan MPSP melaksanakan projek (SCoPe) ini, saya yakin akan mereputasi Pulau Pinang, seterusnya diikuti negeri-negeri lain di Malaysia,” jelas Kon Yeow ketika Majlis Perasmian SCoPe dekat Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini pada 6 April 2019.

Sebelum itu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo memberitahu bahawa polisi-polisi negeri terutama mengenai ‘Artificial Intelligent’ dan ‘Internet of Things’ memang begitu menarik perhatian beberapa kementerian di Putrajaya.

Dalam pada itu, Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud menyatakan bahawa koloborasi Intel dalam membangunkan SCoPe termasuk mengintegrasi sistem pintar itu dengan Sistem Pemantauan Amaran Banjir (SPARK) yang sedia ada beroperasi di bawah kawalan pihak berkuasa tempatanempatan (PBT) berkenaan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS

Video : AHMAD ADIL MUHAMAD