KM terima kunjungan IVU

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

LAWATAN KEHORMAT… Sempena Sambutan Vegfest Dunia International Vegetarians Union (IVU) ke-41 dan Kongres Vegetarian Asia ke-6, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menerima kunjungan kehormat daripada delegasi IVU baru-baru ini.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Kunjungan singkat tersebut adalah sebahagian dari lawatan IVU ke Pulau Pinang selama tiga hari.

Delegasi IVU seramai 13 orang turut berkesempatan melawati beberapa lokasi pelancongan terbaik di Pulau Pinang di samping sempat merasa ‘Raja Buah’ – durian di Taman Buah-buahan Tropikal dekat sini.

IVU merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang disertai oleh mereka yang mengamalkan gaya hidup ‘vegetarian’.