KM tidak pernah terlibat pentadbiran & keputusan tanah wakaf – YDP MAINPP

GEORGE TOWN – Yang di- Pertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Mohd. Salleh Man tampil menafikan fitnah yang dilontarkan terhadap Y.A.B. Ketua Menteri dan pentadbiran agama Islam dalam pengurusan tanah wakaf di negeri ini.

Mohd. Salleh berkata, Ketua Menteri tidak pernah terlibat dengan mengganggu (interfere) atau membuat sebarang keputusan berhubung pentadbiran tanah wakaf di Pulau Pinang sejajar dengan peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 di bawah Seksyen 89, Wakaf, Nazr dan Amanah.

“Jelas dinyatakan dalam Enakmen tersebut semua wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas walau apapun peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara, Majlis (MAINPP) hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal.

“Dalam erti kata lain, apa-apa tindakan atau keputusan yang diambil berhubung pentadbiran, kemajuan dan pengelolaan tanah wakaf di Pulau Pinang hanya boleh diputuskan oleh Lembaga MAINPP setelah mendapat syor Jawatankuasa Pembangunan, Hal Ehwal Tanah dan Aset, MAINPP,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Mohd. Salleh berkata demikian adalah sebagai mengulas laporan rencana bertajuk “Pengundi di atas pagar jadi penentu? hasil tulisan Zulkifli Jalil yang disiarkan di dalam media arus perdana, Utusan Malaysia bertarikh 10 April lalu.

Turut serta pada sidang media berkaitan, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal  Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim.

Tambah Mohd. Salleh, Kerajaan Negeri tidak pernah menukar sebarang kaedah atau prosedur mahupun campur tangan dalam
urusan membabitkan tanah wakaf sejak 2008.

“Oleh itu, adalah tidak benar tanah wakaf diletakkan di bawah pengawasan Ketua Menteri dan sebarang cadangan membangunkannya mesti mendapat kelulusan beliau,” jelas Mohd. Salleh yang turut mengemukakan Akuan Berkanun Pesuruhjaya Sumpah sebagai rujukan pihak media.

Menurut beliau, fitnah jahat tersebut bukan sahaja membabitkan pentadbiran negeri, tetapi juga pentadbiran agama Islam di Pulau Pinang.

“Semua ini taktik kotor bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) menang undi pengundi Melayu dan Islam dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh akan datang,” ujarnya.

Rentetan itu, Guan Eng memfailkan writ saman terhadap Utusan Malaysia dan kolumnis Analisis, Zulkifli Jalil ekoran artikel fitnah berkaitan.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);