KM umum tiga muka baru Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengumumkan tiga muka baru sebagai Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang bagi penggal pentadbiran 2018/2019.

Mereka, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees; A. Kumaresan (ADUN Batu Uban) dan V. Nanda Kumar (Pengerusi Malaysia Hindhudharma Maamandaram Negeri Pulau Pinang).

Kon Yeow memberitahu, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy kekal mengetuai Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.

“Dengan lantikan ini, Lembaga Wakaf Hindu akan terus melaksanakan program-program berkaitan,” jelasnya dalam sidang media di Komtar 15 Ogos 2018.

Selepas itu, Ramasamy mennyatakan bahawa mesyuarat pertama membabitkan semua 15 Pesuruhajaya Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang akan diadakan pada 17 Ogos nanti.

Paling mencabar, menurutnya, mesyuarat pertama akan membincangkan cadangan menubuhkan Lembaga Wakaf Hindu di negeri-negeri lain, sebagaimana disebut dalam manifesto Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

“Baru-baru ini, ada juga kita berbincang dengan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) mengenai isu kerakyatan, Perdana Menteri pun bersetuju bahawa lebih 3,000 mereka yang memegang kad pengenalan merah akan diberikan kad pengenalan biru.

“(Isu kerakyatan) ini merupakan salah satu perjuangan Pakatan Harapan yang ada dalam manifesto PRU14,” ujarnya, sambil memberitahu perjumpaan susulan dengan Mahathir adalah pada 20 Ogos nanti.

Menjawab soalan pemberita, Ramasamy berkata, sememangnya perlu suatu akta khusus dibentangkan di Parlimen dalam memastikan badan seumpama Lembaga Wakaf Hindu boleh memainkan peranan lebih progresif di seluruh negara, demi membela kepentingan rakyat.

Berikut adalah nama-nama Pesuruhjaya Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang Bagi Penggal 2018/2019:

1. Prof Dr. P. Ramasamy

2. A. Kumaresan

3. M. Satees

4. V. Nanda Kumar

5. R.S.N. Rayer (Ahli Parlimen Jelutong)

6. R. Surentharan (Setiausaha Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang merangkap Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri)

7. Dato’ A. Tanasekharan (Peguam)

8. Dato’ Sr. Kuvenaraju Pachappen (Pengarah Eksekutif Jordan Lee & Jaafar PG Sdn. Bhd.)

9. Dato’ M. N. Murelidaran (Peguam)

10. Dato’ Sundarajoo Somu (Ketua Pegawai Operasi Eco World Development Group Berhad)

11. Dato’ Jugal Kishor Shivlal (Pengurus Besar Operasi & Sumber Manusia KAMDAR Sdn. Bhd.)

12. Dr. S. Shankar (doktor perubatan)

13. P. R. Kaliyappan (Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP)

14. K. Ketenasamy @ Krishnasamy (Pengurus Agensi Great Eastern Takaful Malaysia)

15. K. M. Santha (Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Taman Brown)

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : ALVIE CHENG

Video : LAW SUUN TING