KN sampai TOL kepada 4 penduduk

Admin

NIBONG TEBALBagi membela nasib rakyat, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berjiwa rakyat telah mengambil inisiatif khas menyampaikan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada empat penduduk di Kampung Permatang Tok Mahat di sini baru-baru ini.

Penerima-perima tersebut ialah Siti Nor Yop, Khor Chye Seah, Rahimah Sheikmia dan Khaw Ah Lek.

Majlis penyampaian telah disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman bertempat di Dewan Na Tok Kong bersempena Program Mesra Rakyat Parlimen Nibong Tebal di sini baru-baru ini.

Mansor berkata, TOL yang diperoleh adalah sebagai ‘lesen’ kepada empat penduduk berkenaan bagi terus menduduki tanah masing-masing dalam beberapa tempoh.

“Kerajaan Negeri bersimpati terhadap nasib keluarga-keluarga ini dan sudi memberikan TOL supaya mereka dapat terus tinggal di situ dengan selamat,’’ katanya di sini.

Dalam pada itu, Mansor menyatakan bahawa, Pulau Pinang telah muncul sebagai negeri pertama yang bebas miskin tegar.

“Miskin tegar adalah merujuk kepada keluarga yang berpendapatan RM600 ke bawah. Sekiranya didapati pendapatan isi rumah berjumlah RM400, maka, Kerajaan Negeri akan tambah lagi RM200 bagi menjadikan pendapatan keseluruhan RM600 sebagaimana digariskan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Katanya, selagi kerajaan PR diberi mandat untuk kekal memerintah, Kerajaan Negeri akan terus menyalurkan segala bantuan kepada warga emas, anak emas, pelajar emas dan ibu tunggal bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

MANSOR Othman (dua dari kanan) menyampaikan hamper kepada seorang warga emas bersempena Program Mesra Rakyat Parlimen Nibong Tebal di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman (dua dari kanan)
menyampaikan hamper kepada
seorang warga emas bersempena
Program Mesra Rakyat Parlimen
Nibong Tebal di sini baru-baru ini.