Kompleks Jalan Kedah dicat semula

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Atas inisiatif khas Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Kompleks Jalan Kedah yang kini dalam proses pengecatan semula bakal berwajah baru!

Walaupun sepatutnya Perbadanan Pengurusan (MC) Kompleks Jalan Kedah yang sepatutnya menanggung kos penuh usaha tersebut mengikut mengikut akta Hakmilik Strata 1985 yang telah diserahkan PDC sebelum ini, namun, demi kebajikan rakyat, ia akan diusahakan menerusi insentif 80/20.

Iaitu sebanyak 80 peratus kos, RM262,440 ditanggung PDC, selebihnya oleh penduduk, RM65,610.

Malah, melalui tender terbuka, projek tersebut ditawarkan kepada syarikat Aizel Enterprise.

Menurut Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow, kali terakhir Kompleks Jalan Kedah dicat adalah pada 1996.

“Kerja-kerja mengecat semula dimulakan pada 18 Disember lalu dan dijangka siap pada 18 Mac ini.

“Pada masa sama, saya juga akan menghulurkan RM30,000 daripada peruntukan Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) bagi meringankan lagi beban ditanggung penduduk.

“Ini bermakna, pemilik-pemilik unit hanya perlu membayar sebanyak 10 peratus ataupun RM 35,610 sahaja,’’ katanya pada Majlis Pelancaran Rasmi Kerja-kerja Pengecatan Semula Kompleks Jalan Kedah di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar.

Dalam pada itu, Kon Yeow memberitahu, sebelum ini, PDC juga melaksanakan beberapa kerja naiktaraf yang besar di kompleks ini melibatkan lif, sistem penggera kebakaran serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal selain dari penyelenggaraan biasa

.
“Projek ini merupakan yang ketiga membabitkan penglibatan PDC dalam usaha pengecatan semula selain perumahan Pangsapuri Mahsuri dan Pangsapuri Mayang Pasir di Bayan Baru,’’ ujar beliau.

CHOW Kon Yeow (depan, tiga dari kanan) bersama Rosli Jaafar (depan, kanan sekali) memulakan pengecatan rasmi sebagai simbolik Majlis Pelancaran Rasmi Kerja-kerja Pengecatan Semula Kompleks Jalan Kedah di sini baru-baru ini.
CHOW Kon Yeow (depan, tiga dari kanan) bersama
Rosli Jaafar (depan, kanan sekali) memulakan
pengecatan rasmi sebagai simbolik Majlis
Pelancaran Rasmi Kerja-kerja Pengecatan Semula
Kompleks Jalan Kedah di sini baru-baru ini.