Kon Yeow pandang serius peningkatan angka korban akibat kemalangan jalan raya di Pulau Pinang

Admin

BATU UBAN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow memandang serius angka korban akibat kemalangan jalan raya di Pulau Pinang.

Justeru, beliau yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi berharap pihaknya dapat terus saling bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam membuat penyelidikan serta pembangunan (R&D) berkaitan kajian risiko jalan raya.

“Pada setiap tahun di negeri Pulau Pinang sahaja, seramai 400 mangsa terkorban di atas jalan raya kerana kemalangan berlaku.

“Walaupun Jawatankuasa (Keselamatan Keselamatan) jalan raya yang saya ketuai beberapa tahun lalu telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan setiap tahun (sejumlah) 10 peratus, ini adalah suatu cabaran yang tidak senang dicapai, dan angka menunjukkan ia kian bertambah,” jelasnya ketika merasmikan Siminar Kemalangan Perjalanan Untuk Belia 2018 dekat Dewan Budaya USM di sini pada 10 Disember 2018.

Turut berucap, Dekat Pusat Pengajian Pengurusan USM, Prof. Dr. Fauziah Md. Taib mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Asmah Ismail.

Hadir sama, Ketua Perkhidmatan Pekerjaan Ibu Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), Roshaimi Mat Rosely; Pengarah PERKESO Pulau Pinang, Othman Mohd. Nordin; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, P. N. Munusamy dan Pengarah Program Seminar, Dr. Lilis Surienty Abd. Talib.

Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota memberitahu, dalam tempoh 10 tahun sehingga 2015 menyaksikan angka peningkatan kemalangan perjalanan sehingga 65.3 peratus.

“Lebih membimbangkan adalah apabila 75 peratus daripada mangsa yang terlibat adalah dalam kalangan mereka berumur dari 15 hingga 44 tahun,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong.

Sebelum itu, Fauziah menyatakan bahawa pihaknya berhasrat untuk terus mendapatkan geran penyelidikan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi pelaksanaan R&D lanjutan berwajib.

Pada majlis sama, Kon Yeow turut menyerahkan cek faedah PERKESO kepada 13 penerima.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU MOHD. RADZI
Video : ALISSALA THIAN