Kuasai Bahasa Inggeris demi mempelajari enam faktor kritikal kejayaan negara Barat

SETIAUSAHA Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus (kanan sekali) menerima replika cek pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM800 kepada kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Bersama Y.A.B. Ketua Menteri Kali Kedua Tahun 2011 di sini hari ini.
SETIAUSAHA Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus (kanan sekali) menerima replika cek pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM800 kepada kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang Bersama Y.A.B. Ketua
Menteri Kali Kedua Tahun 2011 di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang dalam usaha untuk memantapkan lagi kakitangan kerajaan khususnya di negeri ini dalam mempelajari dan mengikuti kursus-kursus Bahasa Inggeris setanding dengan peringkat antarabangsa atau global.

Enam faktor kritikal telah dikenalpasti oleh para sejarahwan sebagai asas menggerakkan kebangkitan negara Barat iaitu menggalakkan sistem daya saing, revolusi sains dan teknologi, kedaulatan undang-undang dan demokrasi, perubatan moden, masyarakat pengguna dengan bekalan produk yang mampu milik dan berkualiti
serta etika kerja sihat di samping kadar simpanan tinggi untuk membolehkan pengumpulan modal.

Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, bagi memonopoli enam faktor kritikal tersebut, tiga faktor utama yang harus diterapkan dalam diri setiap individu terutama kakitangan kerajaan iaitu mengamalkan sistem yang betul, etika kerja yang betul serta semangat berpasukan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut menegaskan bahawa keberkesanan urus tadbir CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) sejak empat tahun lalu telah berjaya dibuktikan apabila Pulau Pinang mencatat kejayaan sebagai negeri nombor satu dalam pelbagai aspek pada tahun 2010.

perhimpunan-anugerah5S

“Marilah kita bekerja secara berpasukan, kikis sikap ‘silo mentality’ serta menjadi lebih responsif terhadap perubahan di sekeliling kita. Namun, untuk terus berada di tangga pertama mendahului negeri-negeri lain, anggota perkhidmatan awam juga perlu memiliki minda dan budaya kerja kelas pertama,” ujar Ketua Menteri semasa berucap di Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang bersama Y.A.B.
Ketua Menteri di sini hari ini.

Perhimpunan kali kedua yang diadakan pada tahun 2011 ini juga turut menyaksikan para penerima anugerah mewakili jabatan masing-masing iaitu tiga jabatan yang mendapat markah cemerlang (melebihi 90%) dalam Indeks Akauntabiliti (IA), pengiktirafan kepada jabatan-jabatan negeri yang mendapat pensijilan MS ISO, pensijilan 5S dan pengiktirafan lain di peringkat kebangsaan sepanjang tahun 2011.

Sementara itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang turut mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2008 manakala Jabatan Pengairan dan Saliran telah berjaya mendapat pensijilan OHSAS 18001:2007 pada tahun 2011.