Kumpul minyak masak terpakai dapat hadiah

Admin

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

WAKIL daripada SBM menerangkan kepada Ong Ah Tiong (dua dari kanan), guru besar dan pelajar mengenai Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di sini baru-baru ini.
WAKIL daripada SBM menerangkan kepada Ong Ah Tiong (dua dari kanan), guru besar dan pelajar mengenai Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Inisiatif pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Kwang Hwa, Teoh Tiah Hock, 11, mengumpul minyak masak terpakai di rumah beliau akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan pemenang Program Kitar Semula Minyak Masak Terpaka anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Tiong berkata, Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai yang dipromosikan di sekolah-sekolah seluruh Pulau Pinang akan diteruskan bagi mendidik generasi muda masa kini tentang kepentingan kitar semula, pemahaman tentang hidup berkualiti dan ianya merupakan tanggungjawab bersama untuk memastikan bumi yang semakin tandus ini dipelihara sebaik mungkin.

Kita amat berterima kasih kepada Syarikat Sustainable Biofuels Malaysia Sdn. Bhd. (SBM) yang berbesar hati menyumbangkan hadiah saguhati kepada setiap pengumpul minyak masa terpakai yang mampu dikitar semula menjadi sumber bio-diesel dan bio-gas.

Lazimnya, penggunaan minyak masak terpakai secara berleluasa dalam kalangan masyarakat masa kini secara tidak sedarnya akan menyebabkan berlakunya pencemaran pada alam sekitar dan juga kesihatan manusia. Justeru, Kerajaan Negeri menfokuskan pendedahan awal di sekolah-sekolah berhubung kepentingan tersebut,” katanya pada Sesi Taklimat Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menambah bahawa sokongan daripada ibu bapa diharap akan lebih menjayakan dan memberi makna kepada kempen kitar semula berkenaan.

Kapsyen :

ongahteong.JPG : WAKIL daripada SBM menerangkan kepada Ong Ah Tiong (dua dari kanan), guru besar dan pelajar mengenai Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di sini baru-baru ini.