Kunjungan hormat KFH bentuk persefahaman

DELEGASI KFH bergambar bersama-sama Mansor Othman (empat dari kanan) dan Abdul Malik Abul Kassim (tiga dari kanan) bersempena kunjungan hormat delegasi tersebut di Komtar baru-baru ini.
DELEGASI KFH bergambar bersama-sama Mansor Othman (empat dari kanan) dan Abdul Malik Abul Kassim (tiga dari kanan) bersempena kunjungan hormat delegasi tersebut di Komtar baru-baru ini.

PERSEFAHAMAN…Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim baru-baru ini telah menerima kunjungan hormat dari Kuwait Finance House (KFH), Kuwait.

Delegasi dari Kuwait diketuai Pengerusi Jawatankuasa Shariah KFH, Profesor Dr. Mohammad Abdul Razaq al-Tababaei turut hadir bersama ahli jawatankuasa KFH iaitu Sheikh Dr. Adnan Ali Ibrahim al-Mulla dan Sheikh Isa Abdulla Yusuf Dowaishan.

Selain itu, Pengarah Bahagian Shariah KFH, Ahmad Suhaimi Yahya; Setiausaha Bahagian Shariah KFH, Muhammad Abdul Hakim Mohamed dan Pengurus Bahagian Jualan dan Kepenggunaan KFH, Roziah Abdul Razak turut serta dalam pertemuan yang diadakan di Komtar baru-baru ini.

Kunjungan tersebut adalah bagi membincang dan menimbang beberapa cadangan antara Kerajaan Negeri dan KFH berhubung pembangunan sosioekonomi dan perbankan berlandaskan Shariah.

Turut serta, Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man; Mufti Kerajaan Negeri, Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan timbalannya, Sahibul Fadhilah Salahuddin Ghozali.