Kunjungan PWM ceriakan penghuni Wad Pediatrik HPP

GEORGE TOWN – Bagi membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang menjalani rawatan di Wad Pediatrik, Hospital Pulau Pinang (HPP), Pertubuhan Wanita Mutiara (PWM) baru-baru ini mengadakan lawatan khidmat masyarakat dengan menyampaikan sumbangan khas kepada golongan berkaitan di sini.

Kira-kira 50 kanak-kanak, bayi, keluarga pesakit dan kakitangan menerima sumbangan berkaitan.

Presidennya, Betty Chew Gek Cheng yang juga isteri kepada Ketua Menteri berkata, objektif lawatan khidmat masyarakat PWM tersebut adalah untuk berkongsi keceriaan dan meringankan bebanan para pesakit cilik serta keluarga yang begitu mengharapkan sokongan moral untuk terus cekal mendepani kehidupan.

“Kanak-kanak ini memerlukan belaian, kasih dan mesra, malah pihak HPP sendiri amat mengalu-alukan manamana badan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) atau persendirian untuk mengadakan lawatan khidmat masyarakat seumpama ini di sini.

“Kami berharap agar kehadiran PWM ke sini mampu menyampaikan mesej dan membuka mata masyarakat mengenai kepentingan amalan menziarahi pesakitpesakit cilik ini,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan berkenaan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, isteri kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datin Nor Azizah Haron; Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim dan lainlain ahli.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);