Afif lawat hospital & klinik, sumbang kurma sempena Ramadan

PRIHATIN… Bersempena sambutan bulan Ramadan, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin mengambil inisiatif menziarahi para pesakit di Hospital Seberang Jaya dan Klinik Kesihatan Seberang Jaya barubaru ini.

Serentak itu, beliau turut mengambil kesempatan mengedarkan bungkusan kurma kepada para pesakit, pelawat dan kakitangan bertugas di lokasi-lokasi berkaitan.

“Bersempena lawatan ini, selain beramah-mesra dengan petugas-petugas hospital dan klinik kesihatan, saya turut bertanyakan keadaan infrastruktur di sini.

“Ini adalah bagi mengetahui perkembangan dan situasi semasa di pusat-pusat perubatan di negeri ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya.

Dalam perkembangan berasingan, Afif turut mengadakan lawatan ke Hospital Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Klinik Kesihatan Sungai Acheh. Turut menyertai lawatan terbabit, ADUN Jawi, Soon Lip Chee.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);