Kutipan cukai sumber kewangan utamam MPSP

SEBERANG PERAI – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menjana 73% kewangan hasil daripada kutipan cukai di daerah Seberang Perai. Ini sekaligus menjadikan kutipan cukai sebagai sumber kewangan utama bagi MPSP.

Prihatin dengan sesetengah masyarakat yang kurang berkemampuan, MPSP telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Klinik Tunggakan Cukai (KTC) bagi memudahkan orang ramai membayar cukai taksiran dan cukai pintu masing-masing.

KTC ditubuhkan khas bagi mendengar, membantu dan menyelesaikan masalah mereka yang terlibat. Bagi meringankan beban, mereka dibolehkan membayar cukai secara ansuran selama enam bulan. Walau bagaimanapun, bayaran pertama hendaklah dijelaskan semasa hari pertama mereka hadir di KTC. Kaunter KTC akan dibuka pada setiap hari Jumaat, minggu terakhir setiap bulan.

Menurut Pengerusi Tunggakan Cukai Pintu MPSP, Soon Lip Chee, tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang enggan membayar cukai. Terdapat juga segelintir individu yang degil dan bersikap sambil lewa mengenai pembayaran cukai.

Menurut beliau lagi, memandangkan hasil kutipan cukai merupakan sumber kewangan utama bagi MPSP, maka setiap pembayaran yang telah dibuat membolehkan MPSP memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai.

Sepanjang tempoh tiga tahun bermula 2008, jumlah tunggakan cukai bagi MPSP mencatatkan pengurangan daripada RM50 juta kepada RM42 juta pada tahun 2010.

Bertindak sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), MPSP berhak menyita sebarang harta mudah alih kepunyaan pemilik sebagai pegangan tunggakan cukai. Sebelum sitaan dibuat, MPSP akan mengeluarkan notis terlebih dahulu yang menghendakkan pemilik menyelesaikan bayaran dalam tempoh 15 hari.

MPSP juga telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan kaunter bergerak yang akan beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Ahad di sepanjang bulan Julai dan Ogos di pasar-pasar awam di Seberang Perai. Jadual kaunter bergerak bagi bulan Ogos adalah seperti di bawah :

TEMPAT

HARI

TARIKH

MASA

Pasar awam Bagan Ajam

Sabtu

06.08.2011

8 pagi – 1 petang

Pasar awam Nibong Tebal

Ahad

07.08.2011

8 pagi – 1 petang

Pasar awam Seberang Jaya

Sabtu

13.08.2011

8 pagi – 1 petang

Pasar awam Kepala Batas

Ahad

14.08.2011

8 pagi – 1 petang

Pasar awam Taman Chai Leng

Sabtu

20.08.2011

8 pagi – 1 petang

Pasar awam Bandar Tasek Mutiara

Ahad

21.08.2011

8 pagi – 1 petang

Pasar awam Tambun Indah

Sabtu

27.08.2011

8 pagi – 1 petang

Pasar awam Tasek Gelugor

Ahad

28.08.2011

8 pagi – 1 petang

Bagi cukai pintu penggal kedua, bil-bil telahpun dihantar ke semua rumah pada bulan Jun yang lalu. Tarikh akhir untuk pembayaran cukai ialah pada 31 Ogos 2011. Walaupun tarikh tersebut jatuh pada cuti umum, namun kaunter akan tetap dibuka sehingga pukul 8 malam.

Orang ramai boleh menyemak cukai taksiran di kaunter atau laman web di www.mpsp.gov.my atau emel ke [email protected].