Laksana rewang ibadah korban unik

Admin

TUNAI IBADAH… Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail menyatakan bahawa ibadah korban adalah syariat dituntut dalam bulan Zulhijjah dan merupakan suatu perlambangan kepada penyerahan, pengabdian dan pengharapan yang lebih besar serta mendalam kepada umat Islam.

Menurutnya, pengajaran dari ibadah korban adalah untuk memahami keutamaan dan maqasid pensyariatan dengan mendahulukan redha Allah S.W.T atas segala kecintaan kepada manusia.

“Alhamdulillah, Aidiladha kali ini lebih bermakna kerana kita telah menjalankan ibadah korban dengan jayanya di beberapa kampung secara merewang sekitar Pulau Betong antaranya di Pondok Upeh, Kampung Terang, Kampung Titi Teras dan Jeti Nelayan Pantai Malindo, Sungai Burong.

“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) serta penduduk setempat banyak membantu dalam pelaksanaannya.

MOHD. Tuah Ismail (kanan sekali) menyempurnakan penyembelihan kambing sempena sambutan Aidiladha di Kampung Sungai Burong di sini baru-baru ini.
MOHD. Tuah Ismail (kanan sekali) menyempurnakan penyembelihan kambing sempena sambutan
Aidiladha di Kampung Sungai Burong di sini baru-baru ini.

“Malah , saya sendiri berkesempatan untuk menyempurnakan penyembelihan kali ini, alhamdulillah,” ujar Tuah yang turut menyatakan bahawa sambutan sebegini mampu mengeratkan silaturrahim pelbagai lapisan masyarakat.