Laluan P. Pinang – Koh Samui Firefly diaktif semula

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

BAYAN LEPASSyarikat pengendali penerbangan komuniti milik penerbangan Malaysia Airlines (MAS), Firefly melebarkan sayap perkhidmatannya dengan melancarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Koh Samui (sebuah pulau peranginan terkemuka di Thailand) di sini baru-baru ini.

LAW Heng Kiang (kiri sekali) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang penumpang yang tiba di LTABL dari Koh Samui dengan dengan menaiki penerbangan Firefly.
LAW Heng Kiang (kiri sekali) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang penumpang yang tiba di LTABL dari Koh Samui dengan dengan menaiki penerbangan Firefly.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ignatius Ong Ming Choy berkata, ekoran pelancaran perkhidmatan tersebut, sebanyak tiga penerbangan dalam tempoh seminggu disediakan dengan sasaran 85 peratus kapasiti penumpang.

“Mewujudkan akses laluan Pulau Pinang – Koh Samui tiga kali seminggu (Selasa, Khamis dan Sabtu) menjadi pilihan paling ideal untuk mereka yang meminati keindahan pantai di rantau ini,” ulas Ming Choy berhubung pelancaran penerbangan tersebut di sini baru-baru ini.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang turut menyatakan bahawa insiatif diambil Firefly merupakan kejayaan terbesar apabila menjadi syarikat penerbangan pertama menyediakan akses langsung komersial ke pulau-pulau.

Turut hadir, Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang

“Sekiranya sebelum ini Firefly pernah menawarkan penerbangan laluan sama tetapi tidak mendapat sambutan, tetapi, kini Firefly utara mempunyai hub tersendiri ke rantau Selatan Thailand.

“Dengan penyambungan semula penerbangan langsung ke Koh Samui, Firefly kini bukan sahaja menguatkan bahagian pasaran lawatan Thailand memasuki Pulau Pinang, malah, ia turut mengukuhkan komitmen pertumbuhan inisiatif IMT-GT ( The Indonesia-Malaysia Thailand Growth Triangle ),” ujarnya ketika Majlis Pelancaran Mengaktifkan Kembali Laluan Pulau Pinang – Koh Samui di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) baru-baru ini di sini.

IGNATIUS Ong Ming Choy (kanan sekali) menyampaikan cenderahati kepada Law Heng Kiang (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Mengaktifkan Kembali Laluan Penerbangan Firefly Pulau Pinang – Koh Samui baru-baru ini di LTABL di sini
IGNATIUS Ong Ming Choy (kanan sekali) menyampaikan cenderahati kepada Law Heng Kiang (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Mengaktifkan Kembali Laluan Penerbangan Firefly Pulau Pinang – Koh Samui baru-baru ini di LTABL di sini

Dalam pada itu, tambah Guan Eng, pembukaan semula laluan tersebut akan membuka pintu kepada pelancong antarabangsa ke Pulau Pinang.

“ Selain pelancong antarabangsa, ia juga akan meningkatkan sektor perniagaan dan industri pelancongan berkaitan dengan masyarakat tempatan serta ekspatriat rantau Selatan Thailand,” ujarnya.