Lapan pemenang Pertandingan Fotografi BFF 2018 terima hadiah

Admin

SEBERANG JAYA – Thum Chen Zheng dipilih sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan Fotografi Festival Pinggiran Butterworth (BFF) 2018 dengan membawa pulang wang tunai RM1,200.

Sementara Lim Lean Eng di tempat kedua dan Goh Yong Hooi di kedudukan ketiga dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan RM500.

Lima hadiah saguhati berupa wang tunai RM100 turut diberikan kepada para pemenang lain.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato’ Rozali Mohamud berkata pertandingan itu adalah sangat bermakna kerana memberi peluang kepada komuniti Seberang Perai untuk berkarya melalui fotografi sepanjang dua hari BFF berlangsung iaitu pada 1 dan 2 Disember 2018.

Dalam perkembangan sama, Rozali turut merakamkan penghargaan kepada Think City Sdn. Bhd. dan kurator TLM Event Sdn. Bhd. serta sokongan penuh Kerajaan Negeri atas penganjuran bersama BFF 2018 yang telah masuk edisi tahun keempat

 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar: DARWINA MOHD. DAUD